KUALA LUMPUR, 28 Okt: Seramai 24.16 juta individu atau 74 peratus daripada populasi keseluruhan  negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Menerusi data portal COVIDNOW , Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 77.9 peratus atau 25.43 juta daripada keseluruhan penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat ini, seramai 22.21 juta individu atau 94.9 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 97.6 peratus atau 22.83 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 115 peratus diikuti Labuan (101.4 peratus) dan Negeri Sembilan (101 peratus)
Manakala Pulau Pinang (98.5 peratus), Perlis (97.1 peratus), Johor (96.2 peratus), Melaka (91.8 peratus), Terengganu (91 peratus) dan Sarawak (90.9 peratus).
Ia diikuti Kedah (86.1 peratus), Perak (85.7 peratus) dan Pahang (84.5 peratus).
Paling rendah adalah Sabah (72.7 peratus), diikuti Kelantan (78.2 peratus).
Selain itu, seramai 1.95 juta atau 62 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Pada Isnin, sebanyak 147,242 dos tambahan diberikan melibatkan kedua-dua populasi tersebut.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 49.58 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.