Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FDA sokong suntikan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5- 11 tahun
Kanada telah meluluskan penggunaan vaksin jenis Moderna untuk bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun, berdasarkan kajian saintifik mendapati vaksin itu "selamat dan berkesan", menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, Health Canada pada Khamis.

FDA sokong suntikan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5- 11 tahun

Amerika Syarikat, 28 Okt: Panel Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat (AS)  menyokong pemberian vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima sehingga 11 tahun.

 FDA sokong suntikan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5- 11 tahun di Amerika Syarikat

Keputusan itu dicapai menerusi undian yang dijalankan dengan keputusan 17 menyokong dan hanya satu berkecuali.

Majoriti turut bersetuju bahawa suntikan vaksin untuk kanak -kanak memberi lebih banyak manfaat berbanding kesan buruk.

Sekiranya FDA membenarkan kanak -kanak di negara itu diberikan suntikan pelalian, panel penasihat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit  (CDC) Amerika Syarikat dijangka akan bermesyuarat minggu depan sebelum keputusan muktamad dimaklumkan oleh Pengarah CDC.

Baca artikel berkaitan >>>COVIDNOW: 94.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Kes kanak-kanak yang sakit teruk atau mati akibat COVID-19 di negara berkenaan masih kecil berbanding golongan dewasa namun ‘kemunculan’ varian Delta yang sangat mudah berjangkit menyebabkan ramai kanak – kanak turut menjadi mangsa.

Data daripada American Academy of Pediatrics menunjukkan bahawa lebih 500 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat COVID-19 di negara itu.

Pakar vaksin CDC, Dr. Amanda Cohn berkata, pihaknya tidak mahu melihat lebih ramai kanak -kanak meninggal dunia akibat COVID-19.

Dijangkakan, Vaksin Pfizer boleh didapati bagi golongan kanak -kanak di negara itu pada minggu depan. -Reuters

Ikuti TVS di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan