Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Buaya vegetarian makan nasi dua kali sehari

KERALA, INDIA , 28 Okt : Pada kebiasaannya, buaya yang merupakan haiwan pemangsa karnivor akan memakan daging sebagai diet hariannya.

Bagaimanapun lain pula halnya dengan seekor ‘sang bedal’ yang tinggal dalam kolam di sebuah kuil terletak di Sri Ananthapadmanabha , utara Karala yang menjadi tumpuan orang ramai.

Babiya dikatakan tidak pernah menyerang manusia.

Ini kerana buaya yang dinamakan Babiya itu merupakan buaya vegetarian kerana hanya memakan nasi dan tidak menjamah daging, ayam atau burung.

Dipetik dari beberapa portal berita tempatan, Babiya akan diberikan nasi oleh penjaga kuil pada waktu pagi dan tengah hari.

Lebih menarik, buaya jantan yang dipercayai berusia 60 tahun ini juga tidak pernah menyerang manusia.

Oleh itu, tidak hairanlah penduduk sekitar menganggapnya sebagai haiwan suci. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan