Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TYT kurniakan darjah kebesaran, pingat kepada 154 penerima

MIRI, 27 Okt: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak kepada 154 penerima hari ini bertempat Hotel Mega, di sini.

Mengetuai senarai keseluruhan hari ini ialah penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak, Datu Lau Hieng Ung.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato pula telah dianugerahkan kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Dato Dr. Madeline Berma.

Tun Taib mengurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Dato Dr. Madeline Berma.

Bagi penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), seramai 7 orang telah menerima darjah tersebut diketuai oleh Kaunselor Kho Teck Wan manakala bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) menyaksikan seramai 10 penerima yang diketuai oleh Kapten Clarence Ruman.

Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B) pula dianugerahkan kepada 9 penerima dan bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) menyaksikan seramai 31 penerima.

Seterusnya, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) dianugerahkan kepada 21 penerima, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (P.P.T) kepada 24 penerima manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pingat Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) menyaksikan 50 penerima.

Turut hadir ialah Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir, Ripin Lamat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan