Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak mula guna teknologi IBS bina perumahan

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sarawak mula menggunakan sistem rumah pasang siap (IBS) sebagai teknologi yang akan diterapkan dalam projek pembangunan perumahan di negeri ini.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, teknologi IBS ini mampu mengurangkan tempoh hartanah dibina serta menurunkan kos pembinaan.

“Ini merupakan pembangunan perumahan pertama di Sarawak yang menggunakan IBS dan sudah pasti akan menjadi contoh kepada pembangunan lain pada masa akan datang.

“IBS merupakan sistem yang tidak bergantung kepada tenaga kerja yang ramai, menjimatkan masa dan mengurangkan pencemaran bahan binaan,” katanya selepas menerima taklimat daripada kontraktor utama Daya Builders Sdn Bhd bagi projek perumahan Kampung Sungai Bedaun pada Rabu.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah mencadangkan penggunaan IBS untuk pembangunan perumahan semasa menjadi menteri perumahan dahulu.

Sebanyak 209 unit rumah akan dibina membabitkan peruntukan sebanyak RM66 Juta bagi pakej pertama yang dijangka siap suku kedua tahun depan.

Katanya perumahan itu dibangunkan untuk menyediakan perumahan tambahan kepada generasi kedua penduduk yang akan berpindah ke kawasan pembangunan Darul Hana.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan