Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Mungkin perlu tunggu persidangan baharu untuk pindaan RUU’

KUCHING, 27 Okt : Susulan penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak tarikh baharu pembentangan akan dilaksanakan pada sidang parlimen yang baharu, yang berkemungkinan berlaku pada tahun 2022.

Beliau bagaimanapun akur sidang parlimen ketika ini perlu menumpukan sepenuh fokus kepada pengumuman Bajet 2022.

“Saya secara peribadinya berasa sedikit kecewa apabila tarikh pembentangan terpaksa ditangguh susulan terdapat beberapa ahli kabinet yang memperuntukkan penjelasan terperinci terutamanya melibatkan pindaan Persekutuan.

“Ini sebenarnya satu isu kecil sahaja. Saya berpendapat individu-individu itu sebenarnya perlu melakukan sedikit bacaan untuk memahami keperluan pindaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini, pada Rabu.

Pada masa sama, beliau berharap pembentangan RUU tersebut dapat dilakukan dalam masa terdekat dan tidak dibiarkan tergantung terlalu lama.

Tarikh baharu bacaan kali pertama rang undang-undang itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Okt) ini.

Tags: #bm, MA63

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan