KUCHING, 27 Okt : Para pemimpin muda dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus diperkasa supaya dapat memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman berkata, kumpulan pemimpin masa hadapan berkenaan turut diyakinkan bahawa mereka tidak berkeseorangan.
“Sehubungan itu, segala bantuan serta penerangan terhadap isu-isu tertentu akan diberikan perhatian kepada mereka sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menjadi tetamu Program Sejahtera Asia hari ini.
Menurut Fazzruddin ketika ini, parti masih melaksanakan program yang menjelaskan kepada pemuda di peringkat cawangan tentang isu semasa.
” Ini penting kerana pimpinan pemuda di peringkat cawangan akan ditanya secara langsung oleh rakyat tentang isu yang timbul,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya pemimpin muda dilengkapkan dengan pengetahuan yang mencukupi, mereka dapat menjadi agen pengembangan dengan baik bagi menangkis dakwaan yang bakal dibangkitkan dalam PRN kelak. -TVS