Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sejumlah 24,941 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tetapi tidak menduduki peperiksaan itu, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Pemeriksaan haid secara fizikal: KPM komited pastikan tidak berulang – Radzi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan berhubung terdapat amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya komited dalam memastikan amalan itu tidak berulang, sekiranya ia benar wujud di mana-mana institusi KPM.

“Sejurus tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Kedatangan saya adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Radzi berkata kedatangan beliau yang disertai Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, juga bertujuan mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah.

“Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan sebentar tadi (malam tadi). KPM sentiasa komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama. Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna menerusi ciapan di Twitter mendakwa seorang pelajar memberitahunya bahawa dia bersama kira-kira 30 pelajar lain berusia antara 18 dan 19 tahun telah dikumpulkan di sebuah kolej kira-kira pukul 7.50 malam pada 18 Okt lalu bagi menjalani pemeriksaan untuk membuktikan mereka sedang dalam haid.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan