Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masjid dan surau di Simunjan terima sumbangan Speaker DUN

KUCHING, 27 Okt : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar telah menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM150 000 kepada masjid dan surau bagi kawasan DUN Simunjan.

Menerusi sumbangan berkenaan, sejumlah RM90,000 telah disampaikan kepada sembilan buah masjid yang masing-masing menerima RM10,000 .

Sebanyak RM60,000 pula telah disumbangkan kepada 12 buah surau dengan setiap satu menerima peruntukan RM5,000.

” Sumbangan berkenaan adalah bagi pembangunan masjid dan surau di DUN terbabit menjalankan aktiviti keagamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan di Bangunan DUN Sarawak hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan Pegawai Daerah Simunjan serta wakil daripada masjid dan surau serta pemimpin akar umbi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan