Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MA63: Penangguhan pembentangan RUU pinda perlembagaan bukan sebab timbul masalah dalaman

KUCHING, 27 Oktober : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi keyakinan, penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak melibatkan sebarang masalah mahupun isu berbangkit.

Beliau dimaklumkan, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan Peguam Negara (AG) menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan beberapa perkara (yang perlu penjelasan) seperti Perkara 160 mengenai definisi persekutuan. Mereka hanya mahukan penjelasan mengenai perkara tertentu, itu sahaja.

“Tiada masalah besar, ia hanya soal berkaitan pemahaman dan penjelasan oleh AG,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu kabinet akan menetapkan tarikh baharu untuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penangguhan itu katanya susulan tiada kata sepakat dicapai mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Oktober, diikuti bacaan kali kedua pada 28 Oktober ini.

Tarikh baharu bacaan kali pertama rang undang-undang itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Okt) ini.

Tags: #bm, MA63, RUU

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan