Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: Hanya 12 kes positif di Sarawak perlukan bantuan pernafasan

KUCHING, 27 Okt: Hanya 12 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan 768 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan sahaja, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 780 kes.

Daerah Kuching dan Miri masing-masing merekodkan 248 kes dan 177 kes, manakala lapan daerah yang lain merekodkan kes dua angka, 25 daerah merekod kes satu angka.

Hari ini sejumlah 23 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 14 hingga 26 Oktober, melibatkan mereka yang berusia lingkungan 39 hingga 87 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, penyakit paru-paru kronik dan kencing manis.

JPBN Sarawak turut memaklumkan dua kluster tamat iaitu kluster Kampung Simpok di Serian dan kluster Sungai Poh di Limbang setelah 28 hari tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19 melibatkan kluster itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan