Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

9 hilang kapal kargo karam di perairan Bali Indonesia

JAKARTA, 27 Okt — Sebuah kapal kargo Indonesia karam di perairan utara Pulau Bali dengan sembilan orang hilang dan enam lagi telah diselamatkan, kata jurucakap Pejabat Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia Yusuf Latief di sini pada malam Selasa.

Enam anak kapal itu telah diselamatkan oleh sebuah kapal lain LCT Depasena Dua pada Isnin, kata jurucakap itu.

Selepas menerima laporan mengenai kemalangan yang berlaku pada Okt 23, pejabat mencari dan menyelamat di Bali segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat, katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Operasi itu akan diteruskan sehingga beberapa hari lagi, katanya, sambil menambah kapal KM Liberty 1 itu karam akibat dibadai ribut.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan