Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

“Ugutan” tatatertib ke atas guru dianggap berjaya, jumlah guru enggan terima vaksin semakin berkurangan – Radzi Jidin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 26 OKTOBER: Ekoran “ugutan” tindakan tatatertib ke atas guru yang enggan menerima vaksin, kini jumlah mereka yang pada awalnya enggan divaksin telah pun selamat menerima dos vaksin COVID-19 pertama.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pengumuman tindakan tatatertib oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini bagi guru yang enggan mematuhi pekeliling mewajibkan mereka untuk melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 1 November nampaknya “berkesan”.

Seramai terdapat 2,000 guru di seluruh negara telah direkodkan masih enggan mengambil suntikan vaksin berbanding 2,500 guru setakat 5 Oktober 2021.

“Walaupun jumlah itu kecil berbanding lebih 415,000 guru namun akan memberi kesan kepada ekosistem dan operasi sekolah.

“Namun, jumlah guru yang enggan divaksin kini makin berkurangan berikutan pengumuman tersebut dan kita terus memantau perkembangan semasa.

“Guru yang enggan divaksin akan menjejaskan operasi sekolah dan tindakan segera perlu diambil termasuklah menukar guru tersebut,”kata beliau selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Semariang pada Selasa.

Sementara itu, Dr Radzi turut mendedahkan bahawa program imunisasi pelajar berusia 12 hingga 17 tahun kini sudah mencapai 80 peratus menerima dos pertama dan 90 peratus di negeri-negeri lain sudah berjaya dicapai.

“Kita sentiasa akur dengan apa sahaja keputusan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, KKM telahpun menjelaskan tiada vaksin yang sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan sekiranya sudah ada, kementerian akan memberi vaksin kepada golongan itu dan Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberikan kerjasama penuh,” ujarnya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan