Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SPRM tahan eksekutif GLC disyaki salah guna kedudukan

SHAH ALAM, 26 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC tersebut.

Selain lelaki itu, dua lagi yang ditahan disyaki terlibat dalam projek tersebut adalah seorang lelaki dan wanita, masing-masing merupakan pemilik syarikat swasta.

Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 57 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, eksekutif syarikat GLC terbabit telah menggunakan kedudukannya sebagai ketua projek dengan mengesyorkan dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek tersebut bagi pihaknya. 

Difahamkan ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

— BERNAMA

Tags: #bm, GLC, SPRM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan