Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak satu-satunya negeri amal Konsep Ta’ayush

KUCHING, 26 OKTOBER: Sarawak kekal menghormati kepercayaan lain, saling bekerjasama diantara satu sama lain dalam usaha untuk menjadikan negeri ini sebuah model masyarakat yang dicontohi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)) menyifatkan Sarawak sebagai satu-satunya negeri yang mengamalkan konsep Ta’ayush.

“Di negeri ini, tiada siapa yang boleh menyakiti hati agama lain dengan membanding dan merendahkan-rendahkan kepercayaan orang lain yang tidak seagama.

“Sarawak tetap kekal sebagai model masyarakat yang saling bekerjasama dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penghargaan Sambutan Maulidur Rasul di sini pada Selasa.

Konsep Ta’ayush yang diterbitkan model piagam Madinah adalah bermaksud hidup kebersamaan tanpa prejudis dan syak wasangka apalagi dalam hal kepercayaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan