KUCHING, 26 Okt: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan mengekalkan calon lama untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Demikian menurut Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Tapak Projek Naik Taraf Gelanggang Tenis di Smk Tabuan Jaya pada Selasa.
Menurut Snowdan, senarai nama calon yang bertanding mewakili PRS juga telah diserahkan kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kita telah menyerahkan senarai nama calon kepada Ketua Menteri kerana dia sebagai pengerusi GPS dan kita bertanding pun menggunakan logo GPS,” ujarnya.
Jelasnya lagi, persetujuan daripada Ketua Menteri untuk menempatkan calon-calon yang akan bertanding adalah amat penting kerana PRS di bawah satu bumbung yang sama denga GPS. -TVS