Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 7,000 pegawai, anggota tambahan untuk PRN Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Okt: Lebih 7,000 pegawai dan anggota tambahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam penugasan Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak akan datang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, jumlah ini akan ditambah jika diperlukan setelah PDRM memperoleh maklumat lengkap berhubung PRN-12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Setakat ini, jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi angkanya tidak dapat ditetapkan kerana kita belum dapat sepenuhnya pengumuman berkenaan PRN ini.

“Kita telah menerima arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang pelaksanaan SOP semasa PRN Sarawak ini. Jadi kita berharap sangat (mereka) yang nak pergi mengundi akan mematuhi SOP yang diberikan bagi memudahkan proses PRN itu nanti,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pagi tadi.

Tambah Mazlan, PDRM telah membuat persediaan rapi memandangkan PRN kali ini bakal dilangsungkan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih lagi berdepan pandemik COVID-19.

Sementara itu, beliau telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 38 orang terdiri daripada asnaf, pesara polis dan anak yatim di IPK Sarawak.

Majlis itu turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan