Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPPK rancang selaras data sektor komoditi menerusi data raya – Zuraida

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menyelaras data penting industri di bawahnya dengan memanfaatkan data raya berpusat bagi memaksimumkan sumber negara.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata data yang dikumpulkan itu bakal memudahkan kementerian serta pemain industri mendapatkan data terkini sektor komoditi negara.

“Pengumpulan maklumat masih tidak menyeluruh. Jadi satu kaedah yang lebih menyeluruh perlu diambil untuk mendapatkan data dan input seperti penggunaan dron bagi melihat (keluasan) kawasan.

“Saya juga sudah menyiapkan konsultan yang berupaya melaksanakan (pengumpulan data) supaya kita ada data raya tidak kira komoditi sawit mahupun getah,” katanya dalam Rancangan Inklusif Radio Television Malaysia (RTM) bertajuk Mensejahterakan Sektor Agrikomoditi Negara, yang disiarkan malam ini.

Zuraida berkata sebagai contoh, Malaysia menetapkan jumlah kawasan tanaman sawit pada 6.5 juta hektar dan data raya ini dapat memberikan data yang dikemas kini

“Ini kerana mungkin terdapat penanam kecil yang telah berhenti berladang sawit dan data mereka tidak diperbaharui.

“Tanpa data terkini kita tidak tahu peladang mana yang telah berhenti menanam dan tiada hasil. Jadi, jika keluasan tanaman sawit kurang daripada had yang ditetapkan, kita boleh tambah,” jelasnya.

— BERNAMA 

Tags: #bm, kppk

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan