Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak pakai topi keledar, penunggang motosikal maut dalam kemalangan

Keadaan motosikal mangsa yang hilang kawalan

MUKAH,25 Oktober : Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Mukah-Selangau sekitar jam 7.30 malam pada Ahad. Mangsa,  Welta Melaka, 30 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supterintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa sedang bergerak dari arah Selangau menuju ke Mukah terbabas mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah.

“Mangsa cedera parah di rusuk sebelah kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa tidak memakai topi keledar semasa kejadian dan didapati tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Menurut Alexson, mangsa yang berasal dari Rumah Landas Batu 3, Jalan Selangau-Mukah, bekerja sebagai kelindan lori.

“Kes kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan