Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM2.4 juta untuk biasiswa Kursi Tok Nan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 OKTOBER: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kajian yang mengambil masa selama tiga tahun itu juga akan mengetengahkan idea serta aspirasi bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan mengenai kebudayaan, kesenian dan warisan di Sarawak.

“Pada 27 Okt ini sempena Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2021, kerajaan negeri akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memulakan kajian itu.

“Kursi ini adalah yang pertamanya dibuat berkenaan dengan Tok Nan dan UPM telah mengusulkan bahawa mereka bersetuju untuk menubuhkan Kursi tersebut dengan tujuan mendalami minat Tok Nan dalam kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Sarawak,” katanya.

Abdul Karim berkata satu galeri khas juga akan dibuka di UPM bagi mempamerkan hasil kajian berkenaan, selain untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan.

Jelasnya jika kajian ini berjaya dan prestasinya sangat memuaskan, pihaknya akan mempertimbangkan untuk meneruskan lagi kajian seperti ini secara menyeluruh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan