Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak terus komited bantu nelayan; 2,000 nelayan Demak Laut bakal dapat rumah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 24 Oktober : Nasib 2,000 nelayan berdaftar dari Demak Laut terus terbela melalui bantuan perumahan, infrastruktur, kewangan dan bekalan makanan oleh kerajaan negeri.

Hal ini terbukti apabila mereka bakal menerima rumah kediaman di bawah Projek Perumahan Nelayan daripada kerajaan negeri Sarawak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, sumbangan tersebut merupakan satu cara kerajaan menghargai sumbangan golongan nelayan kepada rakyat dan juga setelah mendengar keluh kesah nasib nelayan.

Beliau berkata projek perumahan tersebut dikhususkan untuk nelayan dan golongan B40.

“Petempatan ini adalah untuk mereka yang belum mempunyai rumah dan tidak mempunyai tanah di sekitar Tanjong Bako, Kampung Muhibbah dan Kampung Geobilt.

“Antara kriteria permohonan untuk projek perumahan ini adalah mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan, sudah berumur dan sudah berumahtangga,” jelasnya.

Kata beliau, projek tersebut mengikut jejak langkah Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) yang sudah siap di Semop dan Beladin yang masing-masing mempunyai 300 dan 200 buah rumah.

Jelas beliau lagi, terdapat banyak bantuan kerajaan kepada nelayan seperti  projek perumahan nelayan di Demak Laut, pembinaan jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat, dan bantuan peralatan nelayan yang terpaksa melalui perjalanan jauh untuk pembaikian peralatan dan enjin.

“Ini merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban yang ditanggung bagi meningkatkan lagi keselesaaan hidup para nelayan,” ujar Dr Hazland ketika melancarkan program Road to 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) gotong royong perdana bersama nelayan dan penyerahan bantuan kotak makanan  prihatin peringkat LKIM negeri Sarawak di jeti Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako pada Isnin.

Jelasnya, projek perumahan nelayan sepatutnya diusulkan kepada Kerajaan Negeri lima tahun yang lepas namun akibat daripada petukaran kerajaan, status projek masih itu masih dalam peringkat perancangan.

Sementara itu, beliau juga berkata penduduk di Kampung Tanjong Bako akan menikmati kemudahan jambatan baharu bernilai RM200 juta untuk memudahkan perjalanan nelayan dari Muara Tebas, Bako, Sejingkat dan Samarahan.

Dr. Hazland turut mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 dari Kerajaan Negeri dan RM300 dari Kerajaan Persekutuan bagi para nelayan ketika musim tengkujuh.

Setakat  ini, terdapat 2,000 nelayan pantai atau laut dan 500 nelayan sungai berdaftar dengan KLIM di Demak Laut.

Menurutnya, LKIM memainkan peranan penting bagi memastikan bekalan sumber protein iaitu ikan dan hasil laut negara mencukupi.

“Oleh sebab itu, usaha menambah kawasan pembiakan ikan dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dengan menanam tukun tiruan dan tukun rekreasi di perairan laut.

“Tukun tiruan dari Tanjung Datu hingga ke Lawas ini bakal mencatatkan rekod sebagai kawasan projek tukun tiruan jenis ‘Reefball’ terpanjang di dunia,”

“Dengan adanya tukun tiruan dan tukun jenis rekreasi akan meningkatkan ekonomi nelayan di kawasan ini. Mungkin akan juga akan mengangkat habitat ikan lebih banyak lagi dari biasa,” katanya lagi.

Dalam majlis itu, sebanyak 50 kotak makanan telah disampaikan kepada penerima yang terdiri daripada nelayan di Kampung Tanjung Bako.

Selain daripada acara penyampaian bantuan kotak makanan, turut diadakan adalah aktiviti gotong-royong perdana yang diadakan di Masjid Darul Abidin Kampung Tanjong Bako.

Aktiviti ini turut disertai warga kerja LKIM Negeri Sarawak, Ahli Jawatankuasa Masjid, JKK Kampung Tanjung Bako dan masyarakat nelayan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan