Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Juruterbang terbunuh pesawat kargo terhempas di Papua Indonesia

JAKARTA, 25 Okt — Sebuah pesawat kargo terhempas di lapangan terbang di daerah Puncak, wilayah Papua timur Indonesia pada Isnin, mengorbankan juruterbang dan mencederakan pembantu juruterbang, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia Adita Irawati kepada Xinhua.

Nahas berlaku ketika pesawat ringan kendalian PT Smart Cakrawala Aviasi itu mendarat di Lapangan Terbang Aminggaru di daerah berkenaan.

“Juruterbang meninggal dunia ketika dikejarkan ke klinik kesihatan dan pembantu juruterbang mengalami kecederaan,” kata Irawati.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Timika di daerah Mimika.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia akan menjalankan siasatan mengenai punca kejadian dan lapangan terbang Aminggaru akan ditutup sementara waktu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan