Old Trafford, 25 Okt: Pertembungan klasik Utara Barat London diantara Manchester United menentang musuh tradisi lama Liverpool menyaksikan The Reds mudah menumpaskan The Red Devils 5-0.
Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ke-9, Skuad Jurgen Klopp bertandang ke tempat lawan dengan sedikit perubahan dibahagian pertahanan dimana ketiadaan Joel Matip digantikan Ibrahima Konaté sebagai kesebelasan utama.
Manakala percaturan anak buah Ole Gunnar Solkjær membawa taktikal 4-2-3-1 dan Paul Pogba diletakkan sebagai pemain simpanan.
Kedua-dua pasukan bermula sengit pada minit pertama namun kesilapan pertahanan MU pada minit ke-5 membawa padah apabila hantaran Mohamed Salah disudahkan oleh Naby Keita.
Tidak sampai lapan minit dari gol pertama, Liverpool terus menyumbat gol kedua oleh Diogo Joga hasil hantaran silang pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.
Sebelum babak pertama berakhir, dua gol oleh Mohamed Salah pada minit ke-38 dan 45 meranapkan suasana Old Trafford yang berkesudahan 4-0.
Memasuki babak kedua, keadaan tidak serba menjadi bagi pemain Manchester United dengan beberapa kesilapan dari barisan pertahanan dihukum oleh Salah menyaksikan pemain dari Egypt itu melengkapkan hatrik ditempat lawan.
Selain menjadi penjaring gol terbanyak Afrika dalam Liga Perdana, Salah juga menjadi pemain tempat lawan pertama yang menjaringkan hatrik di Old Trafford sejak 2003.
Sedikit peluang bagi pasukan tuan rumah apabila Cristiano Ronaldo meledakkan gol saguhati namun dibatalkan oleh pengadil kerana ‘offside’.
Keadaan lebih hiba dan parah bagi skuad Manchester United apabila terpaksa bermain 10 orang selepas Paul Pogba dikenakan kad merah akibat menerjah kaki lawan.
Kedudukan 5-0 kekal sehingga akhir perlawanan meletakkan Liverpool dicarta kedua dibelakang Chelsea manakala Manchester United tersungkur ditangga ketujuh.
Ini adalah kali kedua Man United kalah lebih daripada 5 gol di tempat sendiri sejak Oktober 2011 (Man United 1-6 Man City).