Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gara – gara Liverpool – MU, Najib dan Mas Ermieyati saling menyindir

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Okt : Kemenangan sensasi yang dilakar oleh Liverpool terhadap seteru ketatnya, Manchester United semalam turut mencetuskan ‘perdebatan’ menerusi media sosial di kalangan ahli politik tempatan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-undang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin antara yang mengemaskini kemenangan 5 -0 yang dicatatkan The Red di Old Trafford.

Seperti diketahui, Najib merupakan penyokong tegar Manchester United manakala Mas Ermieyati sebelum ini mengisytiharkan dirinya penyokong Liverpool.

Menurut Mas Ermieyati, beliau tidak sempat menonton perlawanan malam tadi namun teruja dengan kemenangan menakjubkan itu.

” Pagi ini bangun tengok keputusan 5-0 . Hebat betul Liverpool. Ingat Ronaldo je koyak, DSN pun semalam tutup televisyen awal. Yang faham-faham,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

DSN dipercayai merujuk kepada singkatan Datuk Seri Najib dalam hantaran berkenaan.

Menyambung troll, Mas Ermieyati berkata, beliau seterusnya berharap agar ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Masjid Tanah nanti, Najib dan pasukannya tidak akan pulang awal kerana bimbang jika keputusan diumumkan, Ahli Parlimen Pekan itu mungkin tidak bersemangat untuk bersenam di gymnasium kelak.

Tidak berdiam diri, Najib membuat tangkap layar kenyataan Mas Ermieyati dan memuat naik di Facebooknya.

Ujar Najib, sebagai penyokong setia MU, beliau tidak akan secara tiba-tiba ‘melompat’ dan menyokong Liverpool hanya kerana pasukannya kalah.

” Kosong lima pun kosong lima asal tak lalang,” sindir Najib.

Pada 2017, ketika Mas Ermieyati masih menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO dan berucap pada Perhimpunan Agung UMNO, beliau pernah memberi jaminan kepada Najib yang ketika itu Presiden parti dengan mengatakan , ‘ Presiden, ketahuilah bahawa you ll never walk alone ‘ dan tular di media sosial.

Bagaimanapun pada Disember 2018, bekas Timbalan Menteri Pelancongan itu mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dua bulan selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) KE-14, beliau mengumumkan keluar gabungan berkenaan dan menjadi wakil rakyat bebas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan