Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perdana Menteri ucap takziah pemergian Mamat Khalid

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 25 Okt : Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah di atas berita pemergian pengarah filem terkenal tanah air , Mamat Khalid yang disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 pagi tadi.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berita kematian Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohd. Khalid merupakan satu kehilangan besar kepada industri perfileman negara.

“ Allahyarham merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat, antara penerbit serta pengarah tersohor tanahair dan disegani dalam dunia perfileman negara, “ katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan takziah kepada para penggiat seni tanah air serta berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut berkongsi kesediaan susulan kehilangan pengarah yang terkenal dengan karya hebat seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah itu.

Annuar berkata, negara kehilangan bakat seni yang tiada peganti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan