Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu Myvi positif dadah ditahan, pandu secara berbahaya

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Okt : Seorang lelaki yang memandu secara berbahaya di ibu kota menerusi video yang tular baru – baru ini disahkan positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik , Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.30 petang pada 22 Oktober di Jalan Kuching menghala ke pusat bandaraya.

” Ia melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Hyundai Elantra dan Perodua Myvi berwarna Perak. Bertindak atas aduan, polis telah berjaya mengesan kedua -dua pemandu berkenaan dan mereka yang masing – masing berusia 47 dan 33 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Balai Trafik Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati pemandu Perodua Myvi berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1953. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan