Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.
Foto: Bernama

MA63: Sabah harap tuntutan diambil kira dalam RUU pinda Perlembagaan

TUARAN, 24 Okt– Kerajaan Sabah berharap segala kehendak dan tuntutan negeri itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), diambil kira dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaras MA63 pada sidang Parlimen dijadual bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah, telah memberi pandangan berhubung isu kedudukan dan tuntutan hak-hak Sabah selaras MA63 dalam Mesyuarat Khas diadakan pada 18 Okt lepas, justeru beliau berharap ia dapat direalisasikan.

“Kita mengadakan Mesyuarat Khas MA63 dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) minggu lepas dan beberapa cadangan pindaan dalam Perlembagaan negara kita akan dibuat. Saya dimaklumkan ia akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Kita telah memberi pandangan (pada Mesyuarat Khas MA63) bagi pihak kerajaan Sabah dan begitu juga kerajaan Sarawak. Jadi, harapan kita seperti mana yang dikehendaki dan dituntut oleh Sabah dan Sarawak akan dipinda dalam sidang Parlimen yang akan bermula esok,” katanya pemberita di sini, hari ini.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wan Junaidi yang memaklumkan bahawa, kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan MA63 di Parlimen, Selasa depan.

TUARAN, 24 Okt (Bernama) — Kerajaan Sabah berharap segala kehendak dan tuntutan negeri itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), diambil kira dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaras MA63 pada sidang Parlimen dijadual bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah, telah memberi pandangan berhubung isu kedudukan dan tuntutan hak-hak Sabah selaras MA63 dalam Mesyuarat Khas diadakan pada 18 Okt lepas, justeru beliau berharap ia dapat direalisasikan.

“Kita mengadakan Mesyuarat Khas MA63 dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) minggu lepas dan beberapa cadangan pindaan dalam Perlembagaan negara kita akan dibuat. Saya dimaklumkan ia akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Kita telah memberi pandangan (pada Mesyuarat Khas MA63) bagi pihak kerajaan Sabah dan begitu juga kerajaan Sarawak. Jadi, harapan kita seperti mana yang dikehendaki dan dituntut oleh Sabah dan Sarawak akan dipinda dalam sidang Parlimen yang akan bermula esok,” katanya pemberita di sini, hari ini.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wan Junaidi yang memaklumkan bahawa, kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan MA63 di Parlimen, Selasa depan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan