Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan antivaksin – Muhyiddin

TANGKAK, 23 Okt: Tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan yang enggan divaksin tanpa alasan kukuh selain mempertimbangkan vaksinasi sebagai mandatori kepada semua terutama dalam tempoh pemulihan negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata meskipun bilangan yang enggan menerima vaksin COVID-19 hanya antara lima hingga 10 peratus namun sikap mereka boleh membawa mudarat kepada kelompok lebih besar selain berisiko menjadi pembawa virus itu.

“Kalau mereka tidak menerima vaksinasi, mereka tak boleh pakai MySejahtera kerana dalam MySejahtera, kalau dah dapat vaksin, akan diberi sijil vaksinasi.

“Di mana tempat kita masuk, masjid pun kena imbas, restoran pun kena imbas, warung pun kena imbas, jadi kalau mereka tiada sijil, secara semula jadi menafikan hak mereka untuk mendapat kemudahan, sama ada nak ke restoran ke, masjid ke atau ke hotel ke, nak makan di mana sekalipun, sebab itu (imbas MySejahtera) sudah jadi satu amalan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin tempatan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu berkata sudah tiba masanya kerajaan memperhalusi cadangan pengambilan vaksin COVID-19 sebagai mandatori kerana masih terdapat golongan yang enggan menerima vaksin kerana terpengaruh dengan berita tidak sahih.

“Kita kini berada di penghujung program vaksinasi dan terdapat peratusan populasi tertentu yang menolak untuk mendapatkan vaksin, jadi kerajaan perlu melihat apakah sebab sebenar.

“Kita memahami jika anda mempunyai jenis penyakit atau masalah tertentu yang doktor boleh sahkan, maka tidak mengapa tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai sebab…mungkin mereka membaca banyak laporan luar negara yang menimbulkan ketakutan kepada mereka,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan