Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 23 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) tiba bagi mengikuti taklimat pembangunan negeri oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kanan). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak ialah Malaysia, Malaysia ialah Sarawak, Selamat Datang.

PERDANA MENTERI , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengangkat sumpah jawatannya pada 20 Ogos lalu, hari ini tiba di Sarawak untuk melancarkan Gagasan Keluarga Malaysia.

Sejak tengah hari tadi, tular gambar Ismail Sabri memakai Baju Burung Pua Kumbu iaitu pakaian tradisional etnik Iban ketika menghadiri beberapa acara bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sekitar Kuching.

Jelas terpancar kemesraan melibatkan pemimpin kita dengan Perdana Menteri. Ya, mungkin akan ada suara -suara nakal berbunyi “Dah mok pilihan raya, sebab ya datang” namun jika diperhalusi, hari ini merupakan hari ke-63 Ismail Sabri memimpin pentadbiran negara di Putrajaya.

Oleh itu, mungkin rakyat Sarawak perlu ‘berikan’ sedikit masa untuk memperhalusi apakah aspirasi beliau untuk membantu memacu pertumbuhan Bumi Kenyalang.

Malam ini tumpuan seluruh negara pastinya akan terarah ke Borneo Convention Centre di Sijangkat untuk mendengar sendiri butiran ucapan Gagasan Keluarga Malaysia yang akan disampaikan oleh Ismail Sabri.

Sebagai sebahagian dari ‘wilayah penting Malaysia’, Sarawak pastinya ingin tahu secara lebih mendalam tentang bagaimana ‘bentuk’ keluarga yang bakal kita bina bersama -sama.

Sudah pasti Sarawak mengharapkan satu ikatan yang terangkum tanpa meminggirkan mana – mana tanah Malaysia.

Jika bercakap soal sumbangan Sarawak , bidang ekonomi, sukan, perpaduan dan kepelbagaian serta hasil bumi, negeri ini telah membuktikannya.

Sarawak berkorban dan berkongsi yang termampu demi negara berdaulat bernama Malaysia dan kesetiaan itu tidak pernah pudar.

Terima kasih kerana memilih Sarawak untuk melancarkan gagasan Keluarga Malaysia.

Beberapa jam sebelum pelancaran, Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya, sempat memberi jaminan untuk membantu kemajuan negeri ini.Ujar beliau, Kerajaan Persekutuan komited untuk membantu Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030 .

Beliau menjelaskan telah diberi taklimat mengenai keperluan peruntukan tambahan bagi kerajaan negeri menyelesaikan isu infrastruktur asas membabitkan bekalan air bersih, talian komunikasi dan internet, jalan luar bandar serta sekolah daif.

Bagi merealisasikan hasrat menjayakan semua yang disebut di atas, tentunya kita memerlukan hubungan baik dengan Putrajaya dan setakat ini, laluan ke arah itu nampak cerah dan menjanjikan harapan.

Sarawak pada masa sama, telah membuktikan negeri ini berkeupayaan dalam memacu ekonominya sendiri dan sering menarik minat pelabur luar negara.Pada tahun lepas, ketika pandemik COVID-19 mula menyerang sehingga merosakkan banyak kuasa ekonomi, Sarawak menjadi negeri tertinggi di Malaysia bagi tempoh Januari hingga September yang menerima pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM15.8 bilion.

Tahun ini, Sarawak masih menunjukkan ‘taring’ apabila menjadi tiga negeri menerima FDI tertinggi di negara kita dengan menyumbang kepada statistik RM68.4 bilion pelaburan yang diterima.

Di pihak Kerajaan Sarawak pula, pelbagai perancangan dan kejayaan dicapai dalam bidang ekonomi bagi merealisasikan hasrat menjadikan Sarawak Maju dan Berpendapatan Tinggi.

Menerusi pakej Rancangan Malaysia ke -11 meliputi tempoh 2016-2020, Sarawak muncul sebagai lokasi yang menerima pelaburan terpilih di Malaysia dengan rekod yang dicatatkan sebanyak RM55.2 bilion dalam sektor pembuatan bagi tempoh 2015-2020.

Sehubungan itu, hubungan yang mesra ini perlu terus dieratkan supaya rakyat negeri ini terus mendapat manfaat.

Kepada YAB Perdana Menteri, selamat datang dan menikmati pesona Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan