KUCHING, OKTOBER 23: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) akan membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).bagi membantu kanak-kanak tanpa warganegara dalam memastikan mereka dapat bersekolah.
Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeriannya akan berbuat demikian melalui surat yang akan dilampirkan bukti kepada KPM
bagi menunjukkan bahawa kesemua kanak-kanak tersebut dalam proses memohon perkara tersebut dan ada resit yang disediakan.
Jelas Fatimah, sekiranya pihak sekolah memerlukan maklumat lanjut kita dapat membantu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga boleh memberikan maklumat bahawa mereka dalam proses memohon status warganegara Malaysia,” jelasnya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Keputusan Permohonan Kewarganegaraan di Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini.
“Hal ini penting dalam memastikan anak-anak Sarawak tidak terpinggir dari segi pendidikan,” kata Fatimah.