Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN: GPS beri ruang, peluang kepada pemimpin muda

KUCHING, 23 Okt: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi ruang dan peluang kepada pemimpin yang lebih muda dan berbakat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, menurut Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, langkah seperti ini akan melancarkan lagi proses pembaharuan dalam sesebuah parti.

“Kalau tidak diberi peluang kepada mereka yang lebih muda, ia tidak akan membantu melancarkan proses pembaharuan yang merupakan antara proses yang sangat penting.

“Jika dilihat dalam PRN mahupun Plihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, akan ada parti yang mengetengahkan muka baharu dan ia berjaya. GPS akan mengikut trend sebegini,” katanya pada sesi temuramah khas di sini.

Jelas Nanta, langkah sebegini juga bertujuan untuk menjamin proses jangka panjang parti meskipun proses kematangan seseorang calon memerlukan tempoh satu hingga dua penggal.

“Tanpa proses sebegini, sesebuah parti akan menghadapi masalah. Jika kesemua ahli terlalu berumur ia boleh mengakibatkan kekalahan.

“Pengundi baharu yang lebih muda akan mengharapkan pembaharuan dan ini perlu dilihat dengan serius,” jelasnya.

Namun tambahnya, senarai akhir masih belum dimuktamadkan seratus peratus kerana ia perlu mengambil kira keadaan ataupun situasi pada saat akhir.

“Kita cuba mengelakkan pilihan yang terlalu lambat tetapi ia perlu dilaksanakan mengikut keperluan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan