Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penurunan kes COVID-19 hasil kerjasama rakyat - PM
Penurunan kes COVID-19 hasil kerjasama rakyat - PM

Penurunan kes COVID-19 hasil kerjasama rakyat – PM

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 Okt : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbau kembali dua tahun yang lepas merupakan tahun paling sukar untuk semua rakyat Malaysia apabila tercetusnya pandemik COVID-19.

Menurut Ismail Sabri, tiada siapa menyangka pada abad ini, senjata bukan lagi menjadi benteng pertahanan menentang musuh, sebaliknya kemanusiaan dan nilai keluarga yang menjadi perisai.

Namun demikian ujar beliau, di sebalik musibah yang menimpa semua rakyat Malaysia,terdapat rahmat yang tersembunyi.

“ Hampir dua tahun mendepani pandemik COVID-19, kita dapat melihat kebersamaan petugas barisan hadapan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahkan individu Keluarga Malaysia berganding bahu membantu kerajaan memerangi pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gagasan Keluarga Malaysia di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Meneruskan ucapan, Perdana Menteri berkata, di sebalik kepayahan yang ‘di asa’ pandemik, terbit semangat yang menyatukan Keluarga Malaysia umpama ‘batang manau, seribu kali embat pasti tak putus’.

Sambil melahirkan rasa kesyukuran, beliau turut berkongsi bahawa trend penurunan kes jangkitan COVID-19 harian adalah sekitar 5,000 kes berbanding lebih 23 000 kes sebelum ini adalah kerana kerjasama yang diberikan oleh seluruh lapisan rakyat.

Selain itu, beliau turut berkongsi statistik terkini berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan PICK remaja.

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) juga telah mencapai lebih 94.4 peratus populasi dewasa dan PICK Remaja merekodkan 46.3 peratus remaja, yang telah lengkap menerima dos vaksin,” katanya.

Untuk rekod, fasa pemberian dos penggalak juga telah dimulakan di negeri Sarawak.

Ismail Sabri yakin Malaysia berada di landasan yang tepat dalam peralihan ke fasa endemik dalam masa terdekat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan