Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pendekatan Keluarga Malaysia diharap dapat merancang dasar pembangunan yang bersesuaian
Pendekatan Keluarga Malaysia diharap dapat merancang dasar pembangunan yang bersesuaian

Pendekatan Keluarga Malaysia diharap dapat merancang dasar pembangunan yang bersesuaian

KUCHING, 23 Okt: Pendekatan Keluarga Malaysia diharap dapat melihat perbezaan-perbezaan yang ada serta merancangkan dasar-dasar pembangunan yang sesuai dengan keadaan di Sarawak mahupun Sabah.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia adalah untuk memastikan Sarawak serta Sabah lebih cepat maju mengikut jejak langkah Semenanjung.

“Ibarat dalam suasana sebuah keluarga, setiap ahli keluarga itu mempunyai perbezaan dari segi perlakuan dan memerlukan layanan yang berbeza-beza.

“Sebagai Ketua Kerajaan Sarawak, saya melihat bahawa kaedah yang berbeza haruslah direncanakan untuk mengangkat status ekonomi di Sarawak kerana fundamental ekonomi negeri ini agak berbeza daripada di Semenanjung.

“Dalam keluarga kita yang besar, saya percaya kebolehan untuk mendengar keluh kesah ahli-ahli keluarga kita juga penting untuk mempastikan suasana keluarga kita terus kekal mesra dan muhibbah,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di sini.

Selain itu, Ketua Menteri turut menganggap Persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meminda Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan keistimewaan Sarawak dan Sabah, adalah satu permulaan yang amat baik untuk mendengar dan menimbangkan permintaan-permintaan ahli keluarga Malaysia dari Sarawak dan Sabah.

“Kami di Sarawak amat berharap sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, usaha kami untuk supaya memastikan semangat, hak dan keistimewaan Sarawak, dan juga Sabah, dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 dihormati akan semakin difahami oleh ahli keluarga kita di tempat-tempat lain.

“Usaha kami untuk mengembalikan hak-hak yang telah terhakis bukanlah semata-mata untuk kepentingan Sarawak tetapi haruslah dilihat sebagai langkah ke arah untuk memperkukuhkan lagi jati diri warga Sarawak sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan