Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah

ByBernama

BUTTERWORTH, 23 Okt: Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan dalam longgokan sampah di sebuah tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, di sini hari ini.

Mayat bayi yang dibalut dengan sehelai kain itu dijumpai oleh seorang penduduk di situ bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat tersebut pada 9.35 pagi tadi.

Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, sepasukan polis terus ke lokasi penemuan mayat bayi tersebut dan mendapati mayat bayi dipercayai baru dilahirkan berada dalam longgokan sampah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat tersebut.

Katanya, polis dengan bantuan penduduk setempat juga sedang mencari penduduk di sekeliling yang sedang berpantang lepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan