Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sebanyak 794 menara telekomunikasi dibangunkan di Sarawak

KUCHING, 22 Okt: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang membangunkan menara telekomunikasi baharu di 794 lokasi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sarawak bermula tahun ini.

Hal ini merupakan projek di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha menaik taraf liputan internet di seluruh Negeri Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Panglima Annuar Musa, SKMM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk menaiktarafkan menara telekomunikasi sedia ada.

Tambahnya lagi, menerusi perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari, kerajaan Sarawak turut menekankan perancangan untuk mempunyai rangkaian jalur lebar 5G.

“Ia merupakan sesuatu yang sangat baik terutamanya dalam memodenkan sektor pertanian, sektor perladangan dan pelbagai sektor lain yang memerlukan perkhidmatan khidmat jalur lebar 5G khususnya”.

Dalam pada itu, Annuar turut menggesa syarikat telekomunikasi yang terlibat untuk terus proaktif dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan