KUCHING, 22 OKTOBER: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan bakal mewujudkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk membangunkan sistem data raya berkaitan program pembangunan di negeri ini.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kemeteriannya kini dalam perbincangan untuk bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sarawak dalam membangunkan sistem tersebut.
“Sistem data raya tersebut akan menyimpan segala maklumat berkenaan dengan pembangunan di setiap kawasan dan Hari ini kita ada persetujuan antara KPLB dan Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ) untuk berkongsi data (data raya), kita nak membangunkan satu sistem.
“Melalui sitem tersebut, KPLB akan berkongsi data dan maklumat berkaitan dengan kerajaan negeri bagi memudahkanpencarian maklumat berkaitan pembangunan infrastruktur,” kata Mahdzir.
Jelasnya, projek tersebut akan melibatkan pembangunan jalan luar bandar, penyediaan bekalan elektrik dan bekalan air, serta membangunkan kesejahteraan rakyat melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia.
Selain daripada itu, menurut Mahdzir , KPLB juga akan membuat penyelarasan berkenaan projek pembangunan di luar bandar Sarawak.
Jelasnya, projek data raya tersebut yang menelan belanja sebanyak RM1bilion adalah sebahagian daripada bajet tahunan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 untuk tahun 2021. -TVS