Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Sarawak: PBB sudah kenal pasti nama calon – Nanta

KUCHING, 21 Okt: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah mengenal pasti nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini.

Beliau berkata nama-nama itu sudah diserahkan kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang juga Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak.

“Bagi PBB, senarai nama untuk calon kita sudah ada tetapi bagi parti komponen lain saya tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pengamal media Sarawak di sini, hari ini.

Selain PBB, parti komponen lain yang membentuk GPS ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Mengulas lanjut, Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata GPS sudah bersedia untuk PRN Sarawak sejak tahun lepas lagi kerana ia sepatutnya berlaku pada 2020 tetapi disebabkan pandemik COVID-19, perkara itu tidak dapat dilakukan.

“Bilik gerakan untuk PRN sudah kami gerakkan. Saya juga diarahkan oleh Abang Johari untuk menggerakkan jentera kami antaranya melaksanakan kursus-kursus di bilik gerakan selama hampir dua tahun ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai kedudukan kerusi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti Bersatu, Nanta berkata perkara itu belum dibincangkan secara umum dan masih menunggu keputusan Abang Johari.

— BERNAMA

Tags: #bm, pbb, PRN

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan