Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN-12: Annuar Musa akui adakan perbincangan dengan KM

KUCHING, 22 OKT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengakui memang berlaku perbincangan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung Pilihan Raya Negeri 12 (PRN-12).

Bagaimanapun ujarnya, keputusan untuk mengadakan PRN bergantung kepada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Biklah Shah kerana Sarawak masih dalam tempoh proklamasi darurat sehingga Februari tahun depan.

“Ada perbincangan, tapi apa yang pasti Sarawak sudah sampai tempoh untuk mengadakan pilihan raya.

“Jadi jika nak mengadakan pilihan raya, ada proses undang-undang yang terkait dengannya.

“Saya percaya kerajaan negeri melihat kepada aspek-aspek dengan perundangan  tetapi itu terpulang kepada kerajaan negeri dan juga kerana penangguhan itu terkait dengan undang-undang penguatkuasaan akta darurat yg masih lagi berkuatkuasa sehingga tempoh tertentu.

“Maka kuasa-kuasa itu ada pada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan juga Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Sejak beberapa hari lalu, desas desus bertiup kencang mendakwa DUN Sarawak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Abang Johari dalam satu sidang media di Sri Aman pada Khamis bagaimanapun, menyangkal dakwaan tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan