KUALA LUMPUR, 22 Okt — Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja terpantas di dunia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata 80 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer dalam masa kurang dari dua bulan.
“Satu daripada pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja yang terpantas di dunia.
“Terima kasih, @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali), @DrMahHS (Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon) dan semua di CITF-A (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Remaja). #LindungDiriLindungSemua,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.
Dr Noor Azmi merupakan Pengerusi CITF-A manakala Dr Mah sebelum ini bertanggungjawab mengendalikan vaksinasi untuk kumpulan itu.
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja terpantas di dunia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.