Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta Mercedes Benz musnah terbakar di Lebuh Raya Plus
Kereta Mercedes Benz musnah terbakar di Lebuh Raya Plus

Kereta Mercedes Benz musnah terbakar di Lebuh Raya Plus

ByBernama

REMBAU, 22 Okt: Sebuah kereta jenis Mercedes Benz musnah dalam kebakaran di Kilometer 226 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit selepas menerima panggilan mengenai insiden itu pada 10.53 malam.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu sempat keluar daripada kereta dan mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan namun kereta itu musnah terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan