SIBU, 22 OKTOBER: Seorang lelaki di sini dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah dengan sengaja membakar sebuah rumah
Tertuduh, Andrew Sanggau, 37, didakwa dan dihukum di bawah Seksyen 436 kanun keseksaan kerana menyebabkan kerosakan dengan membakar sebuah rumah di Lorong 5, Bukit Lima Timur di Sibu pada 13 oktober lalu.
Hakim Marutin Pagan memerintahkan agar tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula daripada tarikh penangkapannya pada 13 oktober tahun ini
Mengikut fakta kes, tertuduh dengan niat khianat telah melakukan perbuatan teserbut pada 13 Oktober pada jam kira-kira 12.12 tengahari ketika penyewa rumah tersebut keluar bekerja.
Kebakaran tersebut telah mengakibatkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM9,000.
Semasa kebakaran tersebut, seorang jiran penyewa sempat merakam insiden itu menggunakan telefon bimbitnya di mana tertuduh didapati memasuki rumah berkenaan ketika itu yang dikatakan banyak membantu dalam siasatan yang membawa kepada penangkapannya.