Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TOKYO, 25 Julai -- Aksi pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia ketika menentang pemain perseorangan Ukrain Pochtarov Artem pada perlawanan peringkat kumpulan M pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza hari ini.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA TOKYO, July 25 -- National singles badminton player Lee Zii Jia's reaction against Ukrainian singles player Pochtarov Artem during Group M match at the Tokyo 2020 Olympic at Mushashino Sports Plaza today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Zii Jia pamer kebangkitan, lepasi pusingan pertama terbuka Denmark

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia bangkit dengan aksi meyakinkan apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Wang Tzu Wei dari Taiwan pada kejohanan badminton Terbuka Denmark hari ini.

Zii Jia yang tewas set pertama, bangkit semula pada set kedua dengan 21-9 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dengan kemenangan 21-18 dalam pertarungan berlangsung 50 minit di Odense Sports Park.

Pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu dijangka berdepan seorang lagi pemain negara Liew Daren atau pemain tuan rumah Hans-Kristian Solberg Vittinghus pada pusingan kedua.

Sementara itu, gandingan pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik memerlukan 23 minit sebelum mengenepikan pasangan Belanda Ruben Jille-Ties Van Der Lecq 21-17, 21-9 untuk mara ke pusingan kedua.

Beregu negara akan berdepan pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Sato yang menundukkan rakan senegara Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-18, 19-21, 21-14.

Dalam satu lagi aksi beregu lelaki, pemain beregu negara Goh V Shem yang membuat penampilan sulung dengan gandingan baharunya Low Juan Shen tewas kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin 21-14, 21-18.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula tersingkir awal apabila tewas kepada Chang Tak Ching-Ng Wing Yung dari Hong Kong 21-17, 21-19.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan