Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

WHO sahkan penilaian vaksin Sputnik V kini di fasa akhir – RDIF

MOSCOW, 21 Okt — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penilaian awal vaksin COVID-19 Sputnik V keluaran Rusia kini sudah di fasa akhir.

Sepasukan pegawai pemeriksa akan ke Rusia dalam masa terdekat, lapor Sputnik memetik Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Rabu.

“@WHO mengesahkan proses pra-kelayakan Sputnik V berada di landasan yang tepat dan kini sudah memasuki fasa akhir.

“Sekumpulan pegawai pemeriksa WHO akan ke Rusia dalam masa terdekat untuk mengumpulkan semua hasil pemeriksaan & dokumen yang diperlukan mengenai #SputnikV, satu daripada vaksin paling selamat & berkesan di dunia,” memetik akaun Twitter Sputnik V.

Sputnik V diluluskan di 70 negara dengan jumlah penduduk empat bilion orang, melebihi 50 peratus daripada populasi dunia.

Vaksin itu adalah yang kedua di dunia paling banyak mendapat kelulusan daripada pihak pengawal selia kerajaan.

— BERNAMA

Tags: #bm, vaksin, WHO

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan