Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek lambat kontraktor digesa lakukan “catch up plan” 

SERIAN, 21 Oktober: Gara-gara projek lambat, kontraktor digesa untuk menghantar “catch up plan” setiap minggu malah kontraktor yang menunjukkan prestasi rendah berkemungkinan akan dibatalkan perkhidmatan. 

Demikian tegas Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi (gambar) ketika menjelaskan tentang projek naiktaraf Jalan Padawan (Fasa 1). 

“Saya minta supaya kontraktor mengemukakan catch up plan kepada pihak regional office and they must implement, they must execute the catch up plan. Itu sebab saya minta efektif, realistik dan teliti secara keseluruhan,” katanya. 

Menjawab khabar angin Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dibubarkan, Datuk Julaihi dan kementeriannya sentiasa komited dan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi. 

“Saya tak tunggu Pilihan Raya untuk berada di tapak-tapak dimana saya harus berada. Kementerian kami menjalankan tugas di seluruh Sarawak. Kalau ditakdirkan DUN itu dibubarkan, maknanya kami sudah bersedia bila-bila masa sahaja,” terang beliau. 

Terangnya lagi pandemik COVID-19 telah menyukarkan kementeriannya untuk bergerak lebih pantas dalam memastikan segala projek dapat berjalan dengan lancar. 

Walau bagaimanapun kementeriannya akan sentiasa komited dan mencari alternatif baharu bagi memastikan projek bergerak mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke tapak projek “Proposed Upgrading of Jalan Padawan Phase 1, Serian Division, Sarawak bersama YB Datuk Roland Sagah Wee In, Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat Sarawak bertempat di Dewan Parish St Matthew Mundai, Kampung Mundai pada jam 2 petang, Jumaat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan