Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Kes Covid-19 di Sarawak masih di angka tiga

ByConnie Grace

KUCHING, 21 Okt: Kes harian Covid-19 di Sarawak masih mencatatkan tiga angka iaitu 725 dengan jumlah kumulatif pada Khamis ialah 234, 465 kes.

Menerusi kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah kes itu, 720 adalah dai kategori satu dan dua.

Manakala bagi kategori tiga, empat dan lima merekodkan lima kes atau 0.69 peratus yang melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan Oksigen dan memerlukan Ventilator.

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 184 kes diikuti Miri (155), Sibu (74), Bintulu (51), Limbang (36) dan lain-lain daerah mencatatkan kurang daripada 50 kes.” kata JPBNS.

Walaubagaimanapun, sejumlah 21 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 yang direkodkan dari 4 Oktober 2021 hingga 20 Oktober 2021 yang melibatkan mereka yang berusia 38 tahun hingga 92 tahun.

“Kes kematian yang direkodkan adalah dari Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Bintulu, Sarikei, dan Hospital Saratok.

“Kesemua kes kematian ini melibatkan mereka yang mempunyai penyakit Ko-morbid seperti mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang kronok, strok dan dislipidemia.” tambah JPBNS lagi.

Tambah JPBNS, tiada kluster baharu diisytiharkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan