Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anggota bomba rebah bantu mangsa banjir meninggal dunia

ByBernama

MELAKA, 21 Okt: Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata mangsa, Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi tadi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka di sini.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong pada 10 pagi hari ini.

“Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita atas insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.

— BERNAMA

Tags: #bm, bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan