Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang pendaki Gunung Lambak meninggal dunia akibat serangan jantung

ByBernama

KLUANG, 20 Okt: Seorang pendaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Gunung Lambak dekat sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Norhakim Nordin berkata mangsa Teo Chee Kiong@Tiu Chee Kiong, 52, yang mendaki seorang diri, dipercayai mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan turun dan dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima panggilan pada pukul 12.25 tengah hari, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di tempat kejadian, dipercayai mengalami serangan jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat Teo dibawa turun dari puncak gunung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tags: #bm, bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan