Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Letupan bom sasar bas tentera ragut 13 nyawa di Syria

ByBernama

DAMSYIK, 20 Okt : Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala tiga lagi cedera dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah bas tentera di Damsyik pada Rabu, Xinhua melaporkan dengan memetik agensi berita SANA.

Kejadian itu berlaku ketika bas terbabit sedang melalui kawasan berdekatan Jambatan Hafez al-Assad (Jambatan Presiden).

Susulan letupan itu, pasukan pemusnah bom menemui sebutir lagi bom dan berjaya memusnahkannya.

Kawasan sekitar jambatan berkenaan merupakan antara kawasan yang sibuk di Damsyik kerana ia menempatkan stesen pengangkutan utama. – Bernama

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan