Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Usaha bersepadu perlu bagi golongan ‘Enggan terima vaksin’

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 19 OKTOBER: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merancanguntuk menjejaki golongan yang enggan menerima vaksin dalam mengenalpasti punca sebenar keengganan mereka divaksinasi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching (DBKU)) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata setahu kementeriannya, terdapat segelintir masyarakat yang enggan menerima vaksin disebabkan perasaan takut manakala selebihnya tidak mempercayai fungsi vaksin.

Menurutnya, golongan yang tidak percaya dengan vaksin atau antivaksin perlu diberikan kaunseling untuk menerangkan mengenai kepentingan vaksin.

“Satu usaha bersepadu perlu kita lakukan untuk berbincang dengan mereka yang rasanya tidak percaya dengan faedah mendapat vaksinasi ini dan cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah langkah yang baik.

“Namun demikian kita harap dapat dilanjutkan untuk negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Pegawai perubatan kita dapat memberi kaunseling kepada mereka yang tidak mahu mendapatkan vaksin ini,” katanya kepada TVS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai golongan antivaksin yang mungkin terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, setakat ini lebih kurang 74.1 peratus penduduk dewasa di Sarawak sudah melengkapkan dua doa vaksin.

“Vaksin amat penting untuk memastikan masyarakat dapat terus hidup bebas dan meningkatkan sistem imun badan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, golongan atau individu yang enggan menerima vaksin sudah pasti akan berdepan masalah kerana kelonggaran yang diberikan sekarang adalah untuk mereka yang sudah melengkapkan vaksin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan