Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka

MELAKA, 18 Okt: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah serta seorang pelajar lelaki dan perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) antara 18 individu ditahan selepas terlibat dalam parti liar di sebuah inap desa di Alai, di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Zulkiflee Rashid berkata kesemua 14 lelaki, pelajar perempuan serta tiga wanita berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 1.25 pagi.

“Tiga pelajar terbabit antara 13 individu yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.

Menurut Zulkiflee hasil pemeriksaan lanjut, dua daripada mereka turut didapati memiliki satu bungkusan plastik lut sinar dipercayai pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat ceraian daun kering dadah jenis ganja seberat 2.60 gram.

Beliau berkata kedua-duanya direman empat hari hingga 20 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kesemua individu lain yang didapati positif dadah hasil saringan awal air kencing itu pula disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952,” katanya

–BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan